Wednesday, May 6, 2009

Kepimpinan Peneraju Perubahan


RUKUN PEMIMPIN.
“Bina Diri, Bimbing Rakan”

Bagaimana ingin membina diri???
1)Jaga hubungan dengan Allah.
2)Jaga hubungan dengan manusia.
3)Jaga hubungan dengan alam sekitar.
4)Jaga hubungan dengan maksud hidup kita.

Mengenal diri untuk memaksimumkan kemampuan
l
Setiap orang yang waras – dengan akal yang dianugerahkan Allah kepadanya dan dengan fitrah yang diberikan kepadanya – akan mengetahui bahawa alam raya yang dibuat dengan sangat teratur dan manusia yang diciptakan dengan bentuk paling sempurna ini pasti disebaliknya terkandung matlamat yang agung dan tinggi”

2 "Hidup ini sangat terhad dan kesempatan sering kali tidak datang dua
kali maka sesiapa yang waktunya habis dan hidupnya berlalu hanya
untuk kegiatan yang tidak bermanfaat dan tidak berguna, bererti ia
telah hidup di tingkatan yang paling bawah tidak berusaha membawa
dirinya naik untukmencapai puncak yang tertinggi”.

Hati-hati dengan pemikiran Anda, ia akan menjadi percakapan anda. Hati-hati dengan percakapan anda, ia akan menjadi perbuatan anda. Hati-hati dengan perbuatan anda. Ia akan menjadi kebiasaan anda. Hati-hati dengan kebiasaan anda ia akan menjadi amalan anda. Hati-hati dengan amalan anda ia akan menjadi tabiat anda. Hati-hati dengan tabiat anda, ia akan menjadi ……….

'DARAH DAGING'

BIMBING RAKAN

“Hendaklah ada di antara kamu
satu umat yang menyeru kepada kebaikan,
mereka menyuruh berbuat baik dan melarang berbuat jahat
dan mereka itulah orang- orang yang berjaya.”
(Ali Imran : 104)

Orang Islam yang paling baik itu ialah selamat orang Islam yang lainnya dari gangguan lidahnya dan tangannya.
lSesungguhnya yang paling terbaik di antara kamu ialah orang yang paling baik akhlaknya atau budi pekertinya.


FIRMAN AL-QURAN

“Sesungguhnya berjayalah orang-orang
membersihkan (membina) dirinya.
Dan sesungguhnya rugilah orang yang mengotorinya.”
(Asy-Syam:9-10)

Renungan…

Hilang nikmat kerana tidak bersyukur,
hilang kekuatan kerana permusuhan,
hilang kekuasaan kerana kelalaian
dan
hilang pengaruh kerana lemah.

PEMIMPIN CEMERLANG

SESUNGGUHNYA AKU DIPILIH MENJADI KETUA KAMU DAN BUKAN AKU YANG TERBAIK DI KALANGAN KAMU, APABILA AKU MELAKUKAN KEBAIKAN MAKA TOLONGLAH AKU, DAN APABILA MELAKUKAN KESILAPAN PERBETULKANLAH AKU”

CIRI-CIRI SEORANG PEMIMPIN

Ibnu Khaldun
Mempunyai daya intelek yang tajam.
berpengetahuan dan berfungsi
Berani.
Sayang pada ahli.
Diplomatik.
Mempunyai pandangan yang jauh.
Tegas dan benar-benar berazam.
Suka memaafkan.
Suka melindungi yang lemah.

Al-Ghazali
Murah hati kepada orang lain.
Memelihara orang miskin.
Sabar dalam menghadapi kesusahan.
Jujur dalam kata-kata & tingkah aku.
Suka mendengar teguran.
Menghargai & menghormati kawan.
Menghormati agama, guru dan orang tua.
Mempunyai semangat jemaah & kumpulan.

Kesimpulannya

Kejayaan Pemimpin terasnya adalah keteraturan.

Dia telah menciptakan segala sesuatu, dan
Dia menetapkan ukuran-ukurannya dengan
serapi-rapinya”
Al-Furqan:2


No comments:

Post a Comment