Wednesday, May 6, 2009

Iman Kunci Kejayaan & Kebahagian

Kejayaan kita sebagai hamba dan makhluk kejadian Allah S.W.T adalah sejauhmana kita mentaati segala suruhan dan meninggalkan laranganNya dan menjadikan Rasulullah sebagai role model dalam hidup kita.


Kejayaan & kebahagiaan itu akan dapat dicapai dengan jalan niat & iktikad yang benar, yakin, iman dan agama.



Berikanlah berita gembira kepada orang-orang beriman dan berbuat, bahawasanya mereka itu akan memperoleh syurga yang dibawahnya mengalir beberapa sungai. AL -Quran.

•Iman menanamkan pandangan hidup, bahawa manusia ini mempunyai kemuliaan di sisi Allah, dipandang mulia oleh para malakikat dan menjadi pemimpin dalam alam ini. Maka timbullah rasa harga diri dalam hati orang yang beriman dan terasa ada hubungannya dengan alam semesta.
•Orang yang beriman itu merasa bahawa seluruh alam ini berkhidmat kepadanya, para malaikat sentiasa mengawalnya. Tuhan penguasa alam ini selalu bersama dengannya.
• Yusuf Al –Qardawi.

No comments:

Post a Comment