Tuesday, May 26, 2009

Sabar Dalam Mencari Redha Tuhan

Apa yang anda sabarkan, anda akan memperoleh hasilnya, kerana kesabaran itu akan menolong segala pekerjaan. ketahuilah dalam kesusahan dan kepayahan itu tersembunyi nasihat-nasihat kebijaksanaan.

Apabila engkau bersabar akan timbul kekuatan dalam dirimu dan engkaupun memperoleh pahala, tapi apabila engkau berkeluh kesah akan timbul kelemahan padamu dan engkau diancam siksa.

Sesungguhnya engkau tidak akan memperoleh apa yang engkau sukai, melainkan dengan kesabaranmu atas apa yang tidak engkau sukai.

Ketahuilah, bahawasanya sabar itu adalah suatu tingkat dari tingkat-tingkat agama, dan suatu kedudukan dari kedudukan orang-orang yang berjalan menuju kepada Allah.

Ketinggian iman itu ialah sabar kerana hukum Allah dan rela dengan takdir Allah. Sesungguhnya orang-orang yang sabar itu akan disempurnakan pahalanya dengan tiada terhitung.

Sabar dengan iman ibarat kedudukan kepala pada tubuh manusia. Tidak ada tubuh bagi orang yang tidak mempunyai kepala. Tidak ada iman bagi orang yang tidak mempunyai kesabaran.

Wallahualam....

Tuesday, May 19, 2009

Soal Hati



Tiga tahap hati
SOAL hati, Imam al-Ghazali ada membuat perincian dengan tiga pembahagian mengikut tahap ketetapan dan kemantapan, kebaikan dan kejahatan atau peralihan kepada satu daripadanya, iaitu:

1- Hati yang dibangunkan dengan binaan takwa, dibersihkan daripada akhlak yang keji dan tercela, lalu terisilah di dalam hati ini lintasan dan saranan kebaikan daripada khazanah alam ghaib atau simpanan alam malaikat.

Hati sedemikian adalah hati yang pelitanya menyinarkan cahaya dari 'misykat rububiyah' sehingga tidak ada suatu terlindung padanya dan tidak terpengaruh oleh tipu daya syaitan, bahkan tidak akan mempedulikannya.
"Apa yang ada padanya ke jalan kebaikan dan bertakwa. Serta ia mengakui dengan yakin akan perkara yang baik. Maka sesungguhnya Kami akan memberikannya kemudahan untuk mendapat kesenangan (syurga)." (al-Lail:5-7)

2- Hati yang kecewa dan terbuang, dipenuhi hawa nafsu, dikotori dengan akhlak buruk dan tercela, terdedah dan terbuka luas kepada pintu syaitan dan tertutup dari pintu malaikat.

Punca kejahatannya ialah bermula daripada lintasan hawa nafsu ke dalam hati dan membisikkan dengan kejahatan, lalu hati merujuk kepada hakim akal untuk mendapatkan nasihatnya.

Tetapi akal sudah biasa menjadi khadam yang sentiasa patuh kepada hawa nafsu, sentiasa mencari helah dan tipu muslihat bagi membantu hawa nafsu, sehingga akal dikuasai nafsu, lalu hati menerima setiap kemahuan hawa nafsu yang menjadikan kekotoran semakin tebal, karat dan kegelapannya kerana semakin lemah daya akal dari mengawal dan mempertahankan.

Ketika itu, syaitan mengambil peranan untuk memperkuatkan penguasaan hawa nafsu ke atas hati melalui tugasnya.

Yang demikian diisyaratkan Allah dalam firman-Nya bermaksud: "Adakah engkau nampakkah orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya? Maka dapatkah engkau menjadi pengawas yang menjaganya?

3- Hati yang didatangi lintasan hawa nafsu dan membisikkan perlakuan kejahatan tetapi segera dipintas lintasan iman dan mengajaknya supaya melakukan kebaikan.

Ketika itu dengan keinginannya cuba menolong lintasan kejahatan sehingga semakin kuat tarikan hawa nafsu.

Oleh itu, akal segera menyedarkan kepada kebaikan dan mempertahankan diri daripada serangan hawa nafsu serta menjelaskan sudut keburukannya sehingga diri nafsu itu cenderung kepada nasihat akalnya.

Tetapi syaitan tidak melepaskan peluang untuk memberikan bantuan terakhir menentang akal, sehingga lintasan dan saranan hawa menjadi semakin kuat.

Sekiranya sifat yang ada pada hati lebih kepada sifat bahimiyah, sabu'iyah dan syaitaniyah, hati akan dikuasai syaitan, malah cenderung kepada golongan dan puak syaitan yang akan melahirkan pelbagai bentuk maksiat.

Tetapi jika yang ada pada hati itu lebih kepada sifat malaikat, hati tidak akan mendengar rayuan syaitan, bahkan tidak terpengaruh kepada janji syaitan, sebaliknya akan cenderung kepada golongan Allah dan dengan itu akan lahirlah pelbagai ketaatan.

Wallahualam...

Tuesday, May 12, 2009


TIPS MEMBANTU ANDA DALAM PEPERIKSAAN .

1. Datanglah dengan cukup sedia dan lebih awal.
2. Tenang dan percayakan diri sendiri.
3. Bersantai tetapi berhati-hati (duduk dalam keadaan tegak).
4. Prebiu soalan-soalan terlebih dahulu.
5. Jawab soalan secara strategik.
6. Semasa menjawab soalan aneka pilihan,ketahuilah jawapan yang patut dipilih.
7. Semasa menjawab soalan esei,fikirkan dahulu jawapannya sebelum menulis.
8. Semasa menjawab esei ,jawab pada persoalannya.
9. Sisihkan 10% waktu anda untuk memeriksa jawapan .

Monday, May 11, 2009

Mutiara Kata

"Tunjangkan resahmu ke dada SOLAT,
Himpunkan peritmu di genggam DOA,
Tutupi kekecewaanmu dengan TAKWA,
Nilaikan Kesucian diri melalui keikhlasan hati".

"Kiranya tiada CINTA insani untukmu,
cukuplah CINTA ALLAH penyuluh hidupmu,
kelak akan ada CINTA untukmu
dari insan yang menyintai ALLAH
sebagaimana CINTAMU kepadaNYA."

Memburu Cinta Dalam Kesucian



Cintailah sesuatu itu sekadar saja, berkemungkinan ia akan menjadi kebencianmu pada suatu ketika, bencilah yang engkau benci itu sekadar saja, berkemungkinan ia akan menjadi kecintaanmu pada suatu ketika.

Berkemungkinan yang kamu cintai itu tersimpan keburukan di dalamnya dan berkemungkinan yang kamu benci itu tersimpan kebaikan di dalamnya.

Jadi, janganlah hendaknya kecintaan anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi lupa dan kebenciaan anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi hancur.
Umar Al Khattab.

Cinta yang sejati ialah cinta yang tidak bertambah kerana kebaikan dan tidak berkurang kerana kesalahan.

Wallahualam....

Kebahagian Yang Dicari



Kebahagian itu ibarat sebatang pohon yang rendang, tempat tumbuhnya ialah jiwa dan perasaan kemanusiaan, ketaqwaan kepada Allah adalah merupakan air, udara dan cahaya yang membantu pertumbuhannya. ( Yusuf Al-Qardawi).

Dunia yang bersifat sementara ini, maka kebahagian yang dikandungnya juga sementara, sebaliknya akhirat bersifat abadi, maka kebahagian yang dikandungnya juga abadi.

Apa yang jelas, perjalanan hidup ini telah memberikan pelajaran kepada kita bahawa kebanyakan orang dilamun keluh kesah, gelisah, kesempitan dan kegoncangan batin, merasa sepi dan tidak mempunyai apa-apa, merekalah orang-orang yang tidak memperoleh nikmat iman dan keyakinan, hidup mereka tidak ada rasa dan tiada perisa, tawar dan kosong, walaupun mereka berada dalam lingkungan kelazatan dan kemewahan.

Ketenangan atau kebahagian itu sebenarya adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala orang mengalami kegoncangan, mereka tetap yakin di kala orang penuh keraguan, mereka tetap sabar ketika orang berkeluh kesah, dan mereka tetap berlapang dada di kala orang telah rungsing.

Kebahagian itu adalah adil dalam kehidupan, walaupun pada diri sendiri. Kalau jasmani diberi makan, rohani juga harus demikian,iaitu dengan ilmu pengetahuan. Kalau jasmani diberi pakaian, rohani juga harus demikian, iaitu dengan budi.
Kalau jasmani diberi latihan, rohani juga harus demikian, iaitu dengan kesusahan. Kalau jasmani dibersihkan, rohani juga harus demikian, iaitu kesucian, dan kalau jasmani diubati, rohani juga harus demikian, iaitu takwa kepada Tuhan.

Wallahualam....

Sunday, May 10, 2009

Dinamika Kumpulan

Renungan....

Siapa yang menentukan perbincangan kumpulan?

Kenapa yang lain ikut?
Apa peranan anda dalam kumpulan?
Siapa yang lebih menonjol?
Siapa yang memimpin? Kenapa sidia?
Adakah anda rasa kumpulan anda bertindak sebagai satu kumpulan dalam menjalankan sesuatu tugas?

Apakah yang dimaksudkan dengan kerja berkumpulan?

Sekumpulan manusia yang bersatu dan disatukan dengan tujuan yang sama.
A group of people united by a common purpose.

Kumpulan yang berkesan

©Ahli saling percaya mempercayai
People trust each other
©Perasaan dinyatakan secara terbuka
Feelings are expressed openly
©Konflik ditangani dengan baik
Conflicts are worked through
©Ahli saling membantu
People support each other
©Maklumat dikongsi bersama
Information are shared freely
©Objektif diketahui umum
Objectives common to all


Successful group

Have a common goal
respect other group members
listen to one another
have good leaders
work together
have high standard
evaluate their effectiveness
contribute to decision making
see problems as challenges
give and take criticism
are adaptable
have a sense of humor

Akhir kalam :


6 most important words for a group
I admit I made a mistake
You did a good job
What is your opinion
Let’s work together
Thank you
We