Wednesday, May 6, 2009

Pengurusan Marah dalam Islam




MARAH
Adalah emosi yang berada dalam keadaan kerangsangan dan keberangan yang terlampau.
•Sesuatu yang perlu dalam kehidupan jika ia berada di tempat yang betul.
•Malah ketika manusia diciptakan, Allah telah meletakkan manusia dengan pelbagai perasaan dan kecenderungan yang tertentu.
•Marah sememangnya perlu untuk melindungi diri, memelihara kehormatan agama dan negara.
•Tetapi marah tercela yang dimiliki oleh manusia mempunyai pengaruh negatif terhadap keperibadian, kesimbangan akal dan keharmonian di dalam masyarakat.
•Marah akan membuatkan seseorang itu akan bertindak secara agresif.

APA MENYEBABKAN MARAH

•Kecintaan kepada objek-objek tertentu
- semakin tinggi cintanya terhadap sesuatu objek itu maka semakin hebatlah marahnya apabila objek itu yang di cintainya itu hilang.

•Kebenciannya terhadap sesuatu objek atau subjek
-Semakin dalam kebenciannya semakin hebatlah marahnya apabila objek itu mendatanginya.

PENGURUSAN MARAH

•Matlamat pengurusan kemarahan ialah mengurangkan perasaan emosi marah. Ia mengajar kita untuk bertindak dalam kawalan yang baik dan tidak mengerikan.

•Berwuduk
–Rasulullah bersabda:
"Marah itu datangnya dari syaitan, dan syaitan itu diciptakan dari api, sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air. Oleh kerana itu apabila salah seorang di antara kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk“

•Mengubah posisi Orang yang Marah
–Rasulullah bersabda:
"Apabila salah seorang di antara kamu marah, dan ketika itu ia dalam posisi berdiri, maka hendaklah ia duduk. Kerana hal itu akan menghilangkan marahnya. Dan kalau tidak, maka hendaklah ia berbaring.”

•Minum air
•Diam ketika marah.
•Berlindung dari Allah dari syaitan yang terkutuk
•Memberikan gambaran buruk tentang sifat marah ini.
•Meluahkan masalah dan perasaan dalam keadaan yang sesuai dan dalam masa yang sesuai.
•Senyum
•Bayangkan marah akan menyebabkan punca kepada pelbagai penyakit (kita selalunya tidak mahu sakit).

3 PERINGKAT KEMARAHAN

•Tafrith:
Seseorang yang memiliki marah yang terlampau sedikit.(dalam keadaan yang tidak marah )

•Ifrath:
Sifat marah yang berlebihan daripada pertimbangan akal yang waras. ( marah sampai melakukan apa sahaja tanpa pertimbangan yang sewajarnya )

•I’tidal:
Seseorang yang menjaga marahnya pada batas yang sederhana (sabda Nabi “ sebaik-baik pekerjaan ialah yang di tengah-tengahnya”. )

MENGURUSKAN MARAH DALAM ISLAM

1)Hendaklah bersikap tetap.
2)Merendahkan kedudukan badan.

“ Bahawa marah itu sepotong api yang dinyalakan didalam hati. Tidakkah engkau melihat mengembung urat-urat lehernya dan merah kedua matanya? Maka apabila salah seorang daripada kamu mendapati sesuatu yang dari yang demikian , maka jikalau ia sedang berdiri, maka hendaklah ia duduk. Dan jikalau ia sedang duduk, maka hendaklah ia berbaring”.
Riwayat At Tarmizi dari abi Sa’id

3) Sujud

4) Mengambil wuduk
“ Apabila marah seseorang kamu, maka hendaklah ia mengambil wudhu dengan air! Sesunguhnya marah itu dari api.”. Hanya air yang boleh memadamkan api.

5) Memikirkan tentang buruk rupanya yang sedang marah. (mukanya buas seperti binatang )


Wallahualam...

No comments:

Post a Comment