Tuesday, May 26, 2009

Sabar Dalam Mencari Redha Tuhan

Apa yang anda sabarkan, anda akan memperoleh hasilnya, kerana kesabaran itu akan menolong segala pekerjaan. ketahuilah dalam kesusahan dan kepayahan itu tersembunyi nasihat-nasihat kebijaksanaan.

Apabila engkau bersabar akan timbul kekuatan dalam dirimu dan engkaupun memperoleh pahala, tapi apabila engkau berkeluh kesah akan timbul kelemahan padamu dan engkau diancam siksa.

Sesungguhnya engkau tidak akan memperoleh apa yang engkau sukai, melainkan dengan kesabaranmu atas apa yang tidak engkau sukai.

Ketahuilah, bahawasanya sabar itu adalah suatu tingkat dari tingkat-tingkat agama, dan suatu kedudukan dari kedudukan orang-orang yang berjalan menuju kepada Allah.

Ketinggian iman itu ialah sabar kerana hukum Allah dan rela dengan takdir Allah. Sesungguhnya orang-orang yang sabar itu akan disempurnakan pahalanya dengan tiada terhitung.

Sabar dengan iman ibarat kedudukan kepala pada tubuh manusia. Tidak ada tubuh bagi orang yang tidak mempunyai kepala. Tidak ada iman bagi orang yang tidak mempunyai kesabaran.

Wallahualam....

Tuesday, May 19, 2009

Soal Hati



Tiga tahap hati
SOAL hati, Imam al-Ghazali ada membuat perincian dengan tiga pembahagian mengikut tahap ketetapan dan kemantapan, kebaikan dan kejahatan atau peralihan kepada satu daripadanya, iaitu:

1- Hati yang dibangunkan dengan binaan takwa, dibersihkan daripada akhlak yang keji dan tercela, lalu terisilah di dalam hati ini lintasan dan saranan kebaikan daripada khazanah alam ghaib atau simpanan alam malaikat.

Hati sedemikian adalah hati yang pelitanya menyinarkan cahaya dari 'misykat rububiyah' sehingga tidak ada suatu terlindung padanya dan tidak terpengaruh oleh tipu daya syaitan, bahkan tidak akan mempedulikannya.
"Apa yang ada padanya ke jalan kebaikan dan bertakwa. Serta ia mengakui dengan yakin akan perkara yang baik. Maka sesungguhnya Kami akan memberikannya kemudahan untuk mendapat kesenangan (syurga)." (al-Lail:5-7)

2- Hati yang kecewa dan terbuang, dipenuhi hawa nafsu, dikotori dengan akhlak buruk dan tercela, terdedah dan terbuka luas kepada pintu syaitan dan tertutup dari pintu malaikat.

Punca kejahatannya ialah bermula daripada lintasan hawa nafsu ke dalam hati dan membisikkan dengan kejahatan, lalu hati merujuk kepada hakim akal untuk mendapatkan nasihatnya.

Tetapi akal sudah biasa menjadi khadam yang sentiasa patuh kepada hawa nafsu, sentiasa mencari helah dan tipu muslihat bagi membantu hawa nafsu, sehingga akal dikuasai nafsu, lalu hati menerima setiap kemahuan hawa nafsu yang menjadikan kekotoran semakin tebal, karat dan kegelapannya kerana semakin lemah daya akal dari mengawal dan mempertahankan.

Ketika itu, syaitan mengambil peranan untuk memperkuatkan penguasaan hawa nafsu ke atas hati melalui tugasnya.

Yang demikian diisyaratkan Allah dalam firman-Nya bermaksud: "Adakah engkau nampakkah orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya? Maka dapatkah engkau menjadi pengawas yang menjaganya?

3- Hati yang didatangi lintasan hawa nafsu dan membisikkan perlakuan kejahatan tetapi segera dipintas lintasan iman dan mengajaknya supaya melakukan kebaikan.

Ketika itu dengan keinginannya cuba menolong lintasan kejahatan sehingga semakin kuat tarikan hawa nafsu.

Oleh itu, akal segera menyedarkan kepada kebaikan dan mempertahankan diri daripada serangan hawa nafsu serta menjelaskan sudut keburukannya sehingga diri nafsu itu cenderung kepada nasihat akalnya.

Tetapi syaitan tidak melepaskan peluang untuk memberikan bantuan terakhir menentang akal, sehingga lintasan dan saranan hawa menjadi semakin kuat.

Sekiranya sifat yang ada pada hati lebih kepada sifat bahimiyah, sabu'iyah dan syaitaniyah, hati akan dikuasai syaitan, malah cenderung kepada golongan dan puak syaitan yang akan melahirkan pelbagai bentuk maksiat.

Tetapi jika yang ada pada hati itu lebih kepada sifat malaikat, hati tidak akan mendengar rayuan syaitan, bahkan tidak terpengaruh kepada janji syaitan, sebaliknya akan cenderung kepada golongan Allah dan dengan itu akan lahirlah pelbagai ketaatan.

Wallahualam...

Tuesday, May 12, 2009


TIPS MEMBANTU ANDA DALAM PEPERIKSAAN .

1. Datanglah dengan cukup sedia dan lebih awal.
2. Tenang dan percayakan diri sendiri.
3. Bersantai tetapi berhati-hati (duduk dalam keadaan tegak).
4. Prebiu soalan-soalan terlebih dahulu.
5. Jawab soalan secara strategik.
6. Semasa menjawab soalan aneka pilihan,ketahuilah jawapan yang patut dipilih.
7. Semasa menjawab soalan esei,fikirkan dahulu jawapannya sebelum menulis.
8. Semasa menjawab esei ,jawab pada persoalannya.
9. Sisihkan 10% waktu anda untuk memeriksa jawapan .

Monday, May 11, 2009

Mutiara Kata

"Tunjangkan resahmu ke dada SOLAT,
Himpunkan peritmu di genggam DOA,
Tutupi kekecewaanmu dengan TAKWA,
Nilaikan Kesucian diri melalui keikhlasan hati".

"Kiranya tiada CINTA insani untukmu,
cukuplah CINTA ALLAH penyuluh hidupmu,
kelak akan ada CINTA untukmu
dari insan yang menyintai ALLAH
sebagaimana CINTAMU kepadaNYA."

Memburu Cinta Dalam Kesucian



Cintailah sesuatu itu sekadar saja, berkemungkinan ia akan menjadi kebencianmu pada suatu ketika, bencilah yang engkau benci itu sekadar saja, berkemungkinan ia akan menjadi kecintaanmu pada suatu ketika.

Berkemungkinan yang kamu cintai itu tersimpan keburukan di dalamnya dan berkemungkinan yang kamu benci itu tersimpan kebaikan di dalamnya.

Jadi, janganlah hendaknya kecintaan anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi lupa dan kebenciaan anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi hancur.
Umar Al Khattab.

Cinta yang sejati ialah cinta yang tidak bertambah kerana kebaikan dan tidak berkurang kerana kesalahan.

Wallahualam....

Kebahagian Yang Dicari



Kebahagian itu ibarat sebatang pohon yang rendang, tempat tumbuhnya ialah jiwa dan perasaan kemanusiaan, ketaqwaan kepada Allah adalah merupakan air, udara dan cahaya yang membantu pertumbuhannya. ( Yusuf Al-Qardawi).

Dunia yang bersifat sementara ini, maka kebahagian yang dikandungnya juga sementara, sebaliknya akhirat bersifat abadi, maka kebahagian yang dikandungnya juga abadi.

Apa yang jelas, perjalanan hidup ini telah memberikan pelajaran kepada kita bahawa kebanyakan orang dilamun keluh kesah, gelisah, kesempitan dan kegoncangan batin, merasa sepi dan tidak mempunyai apa-apa, merekalah orang-orang yang tidak memperoleh nikmat iman dan keyakinan, hidup mereka tidak ada rasa dan tiada perisa, tawar dan kosong, walaupun mereka berada dalam lingkungan kelazatan dan kemewahan.

Ketenangan atau kebahagian itu sebenarya adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala orang mengalami kegoncangan, mereka tetap yakin di kala orang penuh keraguan, mereka tetap sabar ketika orang berkeluh kesah, dan mereka tetap berlapang dada di kala orang telah rungsing.

Kebahagian itu adalah adil dalam kehidupan, walaupun pada diri sendiri. Kalau jasmani diberi makan, rohani juga harus demikian,iaitu dengan ilmu pengetahuan. Kalau jasmani diberi pakaian, rohani juga harus demikian, iaitu dengan budi.
Kalau jasmani diberi latihan, rohani juga harus demikian, iaitu dengan kesusahan. Kalau jasmani dibersihkan, rohani juga harus demikian, iaitu kesucian, dan kalau jasmani diubati, rohani juga harus demikian, iaitu takwa kepada Tuhan.

Wallahualam....

Sunday, May 10, 2009

Dinamika Kumpulan

Renungan....

Siapa yang menentukan perbincangan kumpulan?

Kenapa yang lain ikut?
Apa peranan anda dalam kumpulan?
Siapa yang lebih menonjol?
Siapa yang memimpin? Kenapa sidia?
Adakah anda rasa kumpulan anda bertindak sebagai satu kumpulan dalam menjalankan sesuatu tugas?

Apakah yang dimaksudkan dengan kerja berkumpulan?

Sekumpulan manusia yang bersatu dan disatukan dengan tujuan yang sama.
A group of people united by a common purpose.

Kumpulan yang berkesan

©Ahli saling percaya mempercayai
People trust each other
©Perasaan dinyatakan secara terbuka
Feelings are expressed openly
©Konflik ditangani dengan baik
Conflicts are worked through
©Ahli saling membantu
People support each other
©Maklumat dikongsi bersama
Information are shared freely
©Objektif diketahui umum
Objectives common to all


Successful group

Have a common goal
respect other group members
listen to one another
have good leaders
work together
have high standard
evaluate their effectiveness
contribute to decision making
see problems as challenges
give and take criticism
are adaptable
have a sense of humor

Akhir kalam :


6 most important words for a group
I admit I made a mistake
You did a good job
What is your opinion
Let’s work together
Thank you
We


Friday, May 8, 2009

MENINGKATKAN SELF-ESTEEMS’- Harga Diri



POTENSI DIRI.


"TRAGEDI YANG BESAR DALAM HIDUP BUKANLAH MATI BERUSIA MUDA, TETAPI MATI TANPA MENGGUNAKAN POTENSI ANDA SEPENUHNYA".

CIRI PALING KETARA YANG MEMBEZAKAN INDIVIDU YANG AMAT PRODUKTIF DARIPADA INDIVIDU YANG LAIN IALAH “HARGA DIRI”.

Harga diri ialah faktor utama yang menentukan kejayaan atau kegagalan setiap orang sebagai seorang insan.


Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri yang mengubah nasibnya sendiri”.
Maksud Al- Quran surah Ar-Ra’du ayat II)


Orang yang mempunyai harga diri positif cenderung untuk lebih bahagia, lebih sihat dan lebih produktif daripada orang yang rendah harga diri.

Dengan perjuangan yang tidak mengenal susah dan payah, tak mengenal sakit dan senang, dapat memuliakan diri seseorang . Gagal dalam kemuliaan lebih baik dari menang dalam kehinaan. Hidup ertinya berjuang, kalau tidak berjuang beerti bukan hidup. Dunia ini medan pengujian, manakah manusia yang sejati dan manakah yang palsu. Hanya orang yang tabah dan ikhlas yang akan mendapat kemenangan

Mempertingkatkan Harga Diri.
Kesedaran diri
Penerimaan diri
Tanggungjawab diri
Mengambil tindakan
Pemantauan kemajuan

What we can expect from improving our self-esteem.
Our feeling about ourselves
our interaction with the world
our relationships
Improving self-esteem sets
the stage for positive change

Tujuan yang sebenar dalam menciptakan langit dan bumi ini, dirasakan oleh fitrah dan akal orang yang beriman, iaitu bahawa manusia dalam alam ini mempunyai tugas dan tanggungjawab, dan di sebalik hidup yang fana dan penuh cubaan ini ada lagi kehidupan yang lain. Itulah tujuan hidup dan ke sanalah kesudahan perjalanan hidup manusia. Di situ orang yang berbuat kebaikan, menerima balasan yang baik. Dan sebaliknya orang yang melakukan kesalahan, akan menerima balasan yang buruk, sehingga akan nyata dan berbeda orang baik dengan yang buruk. Kedua orang itu tiada sama.

Sesungguhnya Allah menjadikan dunia itu tiga bahagian, sebahagian bagi orang mukmin, sebahagian bagi orang kafir dan sebahagian untuk orang munafik. Maka orang mukmin menyiapkan bekalan, orang munafik mengambil menjadi hiasan, dan orang kafir mengambilnya untuk bersenag-senang.
Ibnu Abbas

Sesungguhnya yang baik dari Allah..yang buruk dan kurang dari kelemahan diri insan bergelar manusia.

Man jaddah, wa jaddah...




4 JENIS MANUSIA DI DALAM DUNIA INI

PEOPLE WHO WATCH THINGS HAPPEN
•PEOPLE TO WHOM THINGS HAPPEN
•PEOPLE WHO DO NOT KNOW WHAT IS HAPPENING
•AND PEOPLE WHO MAKE THINGS HAPPEN.


Jadi persoalannya, anda jenis manusia yg mcm mana???
Tepuk dada tanya iman...

KEMAHIRAN DALAM PERHUBUNGAN MENOLONG







Perhubungan Menolong

•Suatu proses memahami dan membantu klien oleh pembimbing
•Melibatkan pelbagai isu antara peribadi, sosial, keluarga, disiplin, dan penyesuaian dsb.

Syarat-Syarat Utama Untuk Mewujudkan Perhubungan Menolong

1)Empati.
2)Unconditional positive regarding. ( terima tanpa syarat)
3)Kemesraan ( warmth).
4)Respect ( Hormat).
5)Genuineness ( Ketulenan)
6)Kerahsiaan



Kemahiran- Kemahiran Asas Menolong
Kemahiran mendengar -
Parafrasa
Kemahiran Refleksi
Kemahiran Meminta Penjelasan
Dorongan Minima.
Kemahiran Merumus
Kemahiran Menyoal
Kemahiran Konfrontasi
Kemahiran Interpretasi

Wednesday, May 6, 2009

Motivasi Untuk Kecemerlangan Diri


•“Bekerjalah bersungguh-sungguh seolah-olah kamu akan hidup 1000 tahun lagi.”
•“Barangsiapa yang keluar menuntut ilmu kerana Allah S.W.T, maka Allah akan mudahkan jalan menuju ke syurga.”
Hendaklah berniat menuntut ilmu itu untuk 5 perkara iaitu:-
•Semata-mata mencari keredhaan Allah S.W.T.
•Untuk membebaskan dirinya dari Kejahilan.
•Untuk beri manafaat kepada orang lain
•Untuk mengamalkannya


RENUNGAN !!!!

BUKANLAH ILMU ITU DENGAN MEMBANYAKKAN RIWAYAT
TETAPI ILMU ITU IALAH CAHAYA
YANG ALLAH LETAK DALAM HATI.
IMAM MALIK


Motivasi Diri


ANALISIS DIRI DAN MEMBINA KEYAKINAN DIRI


Kaedah Analisis Diri

S - strength
W - weakness
O - oppurtinities
T - threat / tricks


KEUNGGULAN INSAN

•MANUSIA DIJADIKAN DARI ELEMEN ASAS ALAM
•TANAH
•(KETENANGAN, KEKUATAN, KEMANTAPAN, PENUH MAKLUMAT, BERTANGGUNGJAWAB)
•AIR
•(BERGERAK, KREATIF, INOVATIF, BERMANFAAT AGEN PERUBAHAN)
•API
•(SEMARAK, OBOR, MENGUBAH, WAWASAN, KEBERKESANAN)

Kata Kunci Ke Arah Ke arah Kecemerlangan Diri

–Ada Matlamat
–Ada Jadual Waktu
–Ada Ketenangan Minda
–Ada Keikhlasan
–Tidak Membazir masa
–Tingkatkan Kefahaman dan Daya Ingatan.
–Rehatkan Minda.
–Pujian Pada diri.

INSAN BERJAYA

CINTA KEPADA ALLAH
•CINTA KEPADA RASUL
•CINTA KEPADA IBU BAPA
•CINTA KEPADA GURU
•CINTA KEPADA ILMU
•CINTA KEPADA KEJAYAAN

Renungan

MANUSIA ADALAH SATU-SATUNYA MAKLUK YANG SANGAT SEMPURNA KEJADIANNYA. IA DIBEKALKAN DENGAN POTENSI YANG SANGAT BESAR. MANUSIA JUGA DIBERI KEBEBASAN MEMILIH HALA TUJU YANG DIINGININYA SEBAGAI USAHA MENGEMBANGKAN POTENSI DIRINYA. PERLAKUAN MANUSIA DIPENGARUHI OLEH ALAM SEKITAR DAN PENDIDIKAN YANG DITERIMA.





Kepimpinan Peneraju Perubahan


RUKUN PEMIMPIN.
“Bina Diri, Bimbing Rakan”

Bagaimana ingin membina diri???
1)Jaga hubungan dengan Allah.
2)Jaga hubungan dengan manusia.
3)Jaga hubungan dengan alam sekitar.
4)Jaga hubungan dengan maksud hidup kita.

Mengenal diri untuk memaksimumkan kemampuan
l
Setiap orang yang waras – dengan akal yang dianugerahkan Allah kepadanya dan dengan fitrah yang diberikan kepadanya – akan mengetahui bahawa alam raya yang dibuat dengan sangat teratur dan manusia yang diciptakan dengan bentuk paling sempurna ini pasti disebaliknya terkandung matlamat yang agung dan tinggi”

2 "Hidup ini sangat terhad dan kesempatan sering kali tidak datang dua
kali maka sesiapa yang waktunya habis dan hidupnya berlalu hanya
untuk kegiatan yang tidak bermanfaat dan tidak berguna, bererti ia
telah hidup di tingkatan yang paling bawah tidak berusaha membawa
dirinya naik untukmencapai puncak yang tertinggi”.

Hati-hati dengan pemikiran Anda, ia akan menjadi percakapan anda. Hati-hati dengan percakapan anda, ia akan menjadi perbuatan anda. Hati-hati dengan perbuatan anda. Ia akan menjadi kebiasaan anda. Hati-hati dengan kebiasaan anda ia akan menjadi amalan anda. Hati-hati dengan amalan anda ia akan menjadi tabiat anda. Hati-hati dengan tabiat anda, ia akan menjadi ……….

'DARAH DAGING'

BIMBING RAKAN

“Hendaklah ada di antara kamu
satu umat yang menyeru kepada kebaikan,
mereka menyuruh berbuat baik dan melarang berbuat jahat
dan mereka itulah orang- orang yang berjaya.”
(Ali Imran : 104)

Orang Islam yang paling baik itu ialah selamat orang Islam yang lainnya dari gangguan lidahnya dan tangannya.
lSesungguhnya yang paling terbaik di antara kamu ialah orang yang paling baik akhlaknya atau budi pekertinya.


FIRMAN AL-QURAN

“Sesungguhnya berjayalah orang-orang
membersihkan (membina) dirinya.
Dan sesungguhnya rugilah orang yang mengotorinya.”
(Asy-Syam:9-10)

Renungan…

Hilang nikmat kerana tidak bersyukur,
hilang kekuatan kerana permusuhan,
hilang kekuasaan kerana kelalaian
dan
hilang pengaruh kerana lemah.

PEMIMPIN CEMERLANG

SESUNGGUHNYA AKU DIPILIH MENJADI KETUA KAMU DAN BUKAN AKU YANG TERBAIK DI KALANGAN KAMU, APABILA AKU MELAKUKAN KEBAIKAN MAKA TOLONGLAH AKU, DAN APABILA MELAKUKAN KESILAPAN PERBETULKANLAH AKU”

CIRI-CIRI SEORANG PEMIMPIN

Ibnu Khaldun
Mempunyai daya intelek yang tajam.
berpengetahuan dan berfungsi
Berani.
Sayang pada ahli.
Diplomatik.
Mempunyai pandangan yang jauh.
Tegas dan benar-benar berazam.
Suka memaafkan.
Suka melindungi yang lemah.

Al-Ghazali
Murah hati kepada orang lain.
Memelihara orang miskin.
Sabar dalam menghadapi kesusahan.
Jujur dalam kata-kata & tingkah aku.
Suka mendengar teguran.
Menghargai & menghormati kawan.
Menghormati agama, guru dan orang tua.
Mempunyai semangat jemaah & kumpulan.

Kesimpulannya

Kejayaan Pemimpin terasnya adalah keteraturan.

Dia telah menciptakan segala sesuatu, dan
Dia menetapkan ukuran-ukurannya dengan
serapi-rapinya”
Al-Furqan:2


Pengurusan Marah dalam Islam




MARAH
Adalah emosi yang berada dalam keadaan kerangsangan dan keberangan yang terlampau.
•Sesuatu yang perlu dalam kehidupan jika ia berada di tempat yang betul.
•Malah ketika manusia diciptakan, Allah telah meletakkan manusia dengan pelbagai perasaan dan kecenderungan yang tertentu.
•Marah sememangnya perlu untuk melindungi diri, memelihara kehormatan agama dan negara.
•Tetapi marah tercela yang dimiliki oleh manusia mempunyai pengaruh negatif terhadap keperibadian, kesimbangan akal dan keharmonian di dalam masyarakat.
•Marah akan membuatkan seseorang itu akan bertindak secara agresif.

APA MENYEBABKAN MARAH

•Kecintaan kepada objek-objek tertentu
- semakin tinggi cintanya terhadap sesuatu objek itu maka semakin hebatlah marahnya apabila objek itu yang di cintainya itu hilang.

•Kebenciannya terhadap sesuatu objek atau subjek
-Semakin dalam kebenciannya semakin hebatlah marahnya apabila objek itu mendatanginya.

PENGURUSAN MARAH

•Matlamat pengurusan kemarahan ialah mengurangkan perasaan emosi marah. Ia mengajar kita untuk bertindak dalam kawalan yang baik dan tidak mengerikan.

•Berwuduk
–Rasulullah bersabda:
"Marah itu datangnya dari syaitan, dan syaitan itu diciptakan dari api, sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air. Oleh kerana itu apabila salah seorang di antara kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk“

•Mengubah posisi Orang yang Marah
–Rasulullah bersabda:
"Apabila salah seorang di antara kamu marah, dan ketika itu ia dalam posisi berdiri, maka hendaklah ia duduk. Kerana hal itu akan menghilangkan marahnya. Dan kalau tidak, maka hendaklah ia berbaring.”

•Minum air
•Diam ketika marah.
•Berlindung dari Allah dari syaitan yang terkutuk
•Memberikan gambaran buruk tentang sifat marah ini.
•Meluahkan masalah dan perasaan dalam keadaan yang sesuai dan dalam masa yang sesuai.
•Senyum
•Bayangkan marah akan menyebabkan punca kepada pelbagai penyakit (kita selalunya tidak mahu sakit).

3 PERINGKAT KEMARAHAN

•Tafrith:
Seseorang yang memiliki marah yang terlampau sedikit.(dalam keadaan yang tidak marah )

•Ifrath:
Sifat marah yang berlebihan daripada pertimbangan akal yang waras. ( marah sampai melakukan apa sahaja tanpa pertimbangan yang sewajarnya )

•I’tidal:
Seseorang yang menjaga marahnya pada batas yang sederhana (sabda Nabi “ sebaik-baik pekerjaan ialah yang di tengah-tengahnya”. )

MENGURUSKAN MARAH DALAM ISLAM

1)Hendaklah bersikap tetap.
2)Merendahkan kedudukan badan.

“ Bahawa marah itu sepotong api yang dinyalakan didalam hati. Tidakkah engkau melihat mengembung urat-urat lehernya dan merah kedua matanya? Maka apabila salah seorang daripada kamu mendapati sesuatu yang dari yang demikian , maka jikalau ia sedang berdiri, maka hendaklah ia duduk. Dan jikalau ia sedang duduk, maka hendaklah ia berbaring”.
Riwayat At Tarmizi dari abi Sa’id

3) Sujud

4) Mengambil wuduk
“ Apabila marah seseorang kamu, maka hendaklah ia mengambil wudhu dengan air! Sesunguhnya marah itu dari api.”. Hanya air yang boleh memadamkan api.

5) Memikirkan tentang buruk rupanya yang sedang marah. (mukanya buas seperti binatang )


Wallahualam...

JANGAN MENGELUH ...........



Kita selalu Bertanya.... ......... .......dan Al-Quran sudah menjawabnya. ......... .......

KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI? QURAN MENJAWAB "
Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta." -Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
QURAN MENJAWAB
"Boleh jadi kamu membenci sesua tu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." - Surah Al-Baqarah ayat 216.

KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI? QURAN MENJAWAB
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. " - Surah Al-Baqarah ayat 286

KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST? QURAN MENJAWAB
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman." - Surah Al-Imran ayat 139

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).

"KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" - Surah Al-Baqarah ayat 45

KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
QURAN MENJAWAB
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ? - Surah At-Taubah ayat 111

KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
QURAN MENJAWAB
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal. " - Surah At-Taubah ayat 129

KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!! QURAN MENJAWAB "... ..
Dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir." - Surah Yusuf ayat 12
Apakah pentingnya selawat? Kenapa semua orang berselawat? Mari kita sama-sama selidik kebesaran selawat ini.

Sabda Rasullah SAW: Barangsiapa yang berselawat ke atasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat ke atasnya 10 kali ganda - (Hadis Riwayat Muslim.)
Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan solat fardu.

Jodoh ditentukan oleh Allah. Amalkan selawat 100 kali sehari, insyaAllah akan dipermudahkan bertemu jodoh sama ada lelaki @ wanita.
Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat 7 kali pada air dan minum. Insya Allah, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.

Sesiapa yang amal membaca selawat 3 kali setiap selepas solat 5 waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.
Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insya Allah akan dikurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.

Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali setiap hari, dengan izin Allah dirinya akan lebih dihormati dan dihargai oleh orang lain.
Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, sesiapa yang berselawat walau sekali pada malam Jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan Allah seperti yang dihadapi oleh para nabi.

Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, Insya Allah akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki dan sebagainya dalam dirinya.
Sesiapa yang amalkan berselawat 1000 kali pada malam Jumaat, insya-Allah akan beroleh kebahagiaan sama ada di dunia mahu pun di akhirat.

Amalkan selawat 11 kali tiap kali selesai solat fardu kerana Allah akan mengindahkan akhlaknya menjadi lebih disenangi di kalangan orang lain.
Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.

Sesiapa yang berselawat tak kiralah banyak mana hitungannya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaan-Nya.

Amalan berselawat sebanyak yang mungkin setiap hari menjamin keselamatan hidup dan pertolongan Allah, lebih-lebih lagi pada saat kita menghadapi kesukaran hidup.

Menurut Syibab Ahmad, sesiapa berselawat 3 kali setiap selesai solat Subuh, Maghrib & Isyak, Allah akan menghindarkannya daripada sebarang bencana.

Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali setiap hari, Allah akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah.
Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan Allah akan segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNya.

Menurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipu daya syaitan yang melalaikan.
Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan Allah.

Sesiapa yang membaca selawat sebanyak 7 kali selama 7 Jumaat berturut-turut, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW.
Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari.

Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat Asar pada hari Jumaat, insya-Allah akan dihapuskan dosa-dosa kecil seseorang.
Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, Allah akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya.

Jiwa yang resah gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana Allah itu Maha Luas rahmat-Nya.
Ulamak berpendapat, sesiapa yang mengamalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, insya-Allah dihindarkan daripada taun dan wabak penyakit berbahaya yang lain.

Membaca selawat 1000 kali selepas solat hajat 2 rakaat mampu menghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan Allah akan hajatnya.
Menurut para ulama, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai solat Maghrib.

Para Ulamak berpendapat, Allah akan sempurnakan hajat yang baik dengan sentiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, diikuti dengan usaha yang berterusan.
Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 kali pada hari Jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya - Hadis Riwayat Abu Naim.

Sabda Nabii SAW: Barangsiapa berselawat kepadaku 10 kali pada waktu pagi dan 10 kali pada waktu petang tiap hari, ia akan beroleh syaafaatku pada hari kiamat - Hadis Riwayat Thabrani
Demikianlah betapa banyaknya ganjaran bagi orang-orang yang berselawat. Oleh itu, marilah kita perbanyakkan selawat dan salam ke atas baginda Nabi Muhammad Rasulullah s.a.w.

Mudah-mudahan kita tergolong dalam orang-orang yang beruntung di dunia dan di akhirat, insya-Allah.
Wallahu a'lam.

Iman Kunci Kejayaan & Kebahagian

Kejayaan kita sebagai hamba dan makhluk kejadian Allah S.W.T adalah sejauhmana kita mentaati segala suruhan dan meninggalkan laranganNya dan menjadikan Rasulullah sebagai role model dalam hidup kita.


Kejayaan & kebahagiaan itu akan dapat dicapai dengan jalan niat & iktikad yang benar, yakin, iman dan agama.



Berikanlah berita gembira kepada orang-orang beriman dan berbuat, bahawasanya mereka itu akan memperoleh syurga yang dibawahnya mengalir beberapa sungai. AL -Quran.

•Iman menanamkan pandangan hidup, bahawa manusia ini mempunyai kemuliaan di sisi Allah, dipandang mulia oleh para malakikat dan menjadi pemimpin dalam alam ini. Maka timbullah rasa harga diri dalam hati orang yang beriman dan terasa ada hubungannya dengan alam semesta.
•Orang yang beriman itu merasa bahawa seluruh alam ini berkhidmat kepadanya, para malaikat sentiasa mengawalnya. Tuhan penguasa alam ini selalu bersama dengannya.
• Yusuf Al –Qardawi.

Tuesday, May 5, 2009

10 Muwasofat Tarbiyyah

10 Muwasofat merupakan ciri-ciri utama pembinaan seorang kader dakwah. Dari detik pertama seseoarang itu menjejaki alam tarbiyyah, dia tidak dapat di pisahkan dengan pembinaan muwasofat-muwasofat ini sehingga dirinya terus di baluti oleh Islam yakni menjadi individu muslim yang unggul. Berikut merupakan sedikit pendetailan terhadap 10 Muwasofat.
Berkata Iman Hassan Al-Banna ketika melalui marhalah ini 'Wajib ke atas setiap muslim memulakan dengan memperbaiki dirinya, kesempurnaan itu dapat dilihat bila ia telah dapat memiliki beberapa perkara yang meletakkan ia di peringkat tertentu yang menjadikan ia mampu untuk memikul tanggungjawab amal Islami'

1. Akidah yang sejahtera (Salimul Aqidah)
· Redha Allah sebagai tuhan, Islam sebagai Agama dan Muhammad saw sebagai Nabi.
· Sentiasa muraqabah Allah dan mengingati akhirat, memperbanyakkan nawafil dan zikir.
· Menjaga kebersihan hati, bertaubat, istighfar, menjauhi dosa dan syubhat.

Pendetailan Ciri:
Tidak menjampi kecuali dgn al-Quran yg ma’thur
Tidak berhubung dengan Jin
Tidak meminta bantuan dari orang yg meminta bantuan jin
Tidak menenung nasib
Tidak mendekati tukang tilik
Tidak mengusap kubur
Tidak meminta bantuan dari simati
Tidak bersumpah dgn selain Allah
Tidak mempercayai adanya sial
Mengikhlaskan amal kerana Allah
Mengimani rukun-rukun Iman
Mensyukuri Allah swt ketika menerima nikmat
Sentiasa sedar Syaitan adalah musuh
-Menerima sepenuhnya dari Allah dan menolak sesuatu yg di turunkan selain Allah swt

2. Ibadah yang betul (Sahihul Ibadah)
· Perlu melakukan ibadat yang meninggikan roh dan jiwanya.
· Perlu belajar untuk membetulkan amalannya dan mengetahui halal dan haram.
· Tidak melampau atau berkurang (pertengahan).

Pendetailan Ciri:
Tidak menolak utk azan
Bersuci dgn sempurna
Sangat menghargai solat berjemaah
Sangat suka berjemaah di masjid
Memperbaiki mutu solat
Qiamullail seminggu sekali
Menunaikan zakat
Berpuasa wajib
Berpuasa sunat sehari setiap bulan
Ada niat utk menunaikan haji
Beriltizam dgn adab-adab tilawah
Khusyuk ketka membaca al-Quran
Menghafaz 1 juzuk dari al-Quran
Berdoa pada waktu-waktu yg diutamakan
Mengakhiri harinya dengan taubat dan istighfar
Menjadikan setiap amalan mempunyai niat
Menjauhi dosa-dosa besar
Sentiasa membaca zikir pagi
Sentiasa membaca zikir petang
Mengingati Allah swt pada setiap situasi
Menunaikan Nazar
Menyebarkan Salam
Menahan anggota dari perkara haram
Beri’tikaf di bulan Ramadhan jika ada peluang
Menggunakan sugi/siwak
Sentiasa bersuci (berwudhuk) sedaya mungkin

3. Akhlak yang mantap (Matinul Khuluq)
· Akhlak kita ialah Al-Quran dan ditunjukkan oleh Nabi saw.
Dijelaskan beberapa unsur oleh Imam Al-Banna dalam kewajipan dai iaitu sensitif, tawadhu, benar dalam perkataan dan perbuatan, tegas, menunai janji, berani, serius, menjauhi teman buruk dll.

Pendetailan Ciri:
Tidak takabbur
Mempunyai pendirian
Tidak menipu
Tidak mencaci
Tidak mengadu domba
Tidak mengumpat
Tidak berdusta
Tidak mengejek
Tidak memperlekehkan sesuatu kumpulan
Tidak berkawan dgn orang yg berkelakuan buruk
Mengasihi orang yg lebih muda
Menghormati orang yg lebih tua
Menunaikan janji
Menundukkan pandangan
Menjaga rahsia
Menutup dosa orang lain
Cemburu terhadap isteri
Mempunyai perasaan cemburu atas agamanya

4. Mampu berusaha (Qadiran ala Kasbi)
· Walaupun kaya, perlu bekerja.
· Tidak terlalu mengejar jawatan dalam kerajaan/resmi.
· Meletakkan jawatan dan tempat kerja mengikut keperluan dakwah lebih utama dari gaji dan pendapatan.
· Melakukan setiap kerja dengan betul dan sebaiknya (ihsan).
· Menjauhi riba dalam semua lapangan.
· Menyimpan untuk waktu kesempitan.
· Menjauhi segala bentuk kemewahan apatahlagi pembaziran.
· Memastikan setiap sen yang dibelanja tidak jatuh ke tangan bukan Islam.
Pendetailan Ciri:
Mejauhi pekerjaaan yang haram
Menjauhi riba
Menjauhi judi
Menjauhi penipuan
Menunaikan zakat
Membuat simpanan walaupun sedikit
Tidak menangguh-nagguhkan tugasan yg diamanahkan
Memelihara harta awam
Memelihara harta peribadi

5. Berpengetahuan luas (Mutsaqqafal Fikri)
· Perlu berpengetahuan tentang Islam dan maklumat am supaya mampu menceritakan kepada orang lain.
· Perlu bersumberkan kepada Al-Quran dan Hadis dan diterangkan oleh ulama yang thiqah.
· Pesan Imam Banna: Perlu boleh membaca dengan baik, mempunyai perpustakaan sendiri dan cuba menjadi pakar dalam bidang yang diceburi.
· Mampu membaca Al-Quran dengan baik, tadabbur, mempelajari seerah, kesah salaf dan kaedah serta rahsia hukum yang penting.

Pendetailan Ciri:
Mampu membaca dan menulis dgn baik
Membaca tafsir 1 juzuk dari al-Quran
Memelihara hukum-hukum tilawah
Menghafaz setengah dari hadith 40
Menghafaz 20 hadith dari Riadhussalihin
Mengkaji marhalah Makkah dan menguasai ciri-cirinya yg penting
Mengenali sepuluh orang yg dijanjikan Syurga
Mengetahui hukum-hukum taharah/bersuci
Mengetahui hukum-hukum solat
Mengetahui hukum-hukum puasa
Membaca sesuatu diluar bidangnya. 4 jam seminggu
Memahirkan diri dengan wasilah-wasilah moden
Sentiasa peka akan serangan Zionis terhadap Islam
Mengetahui pertubuhan-pertubuhan yg menyeleweng
Mengetahui aspek keburukan dari perancang keluarga
Mendengar dengan baik
Mampu memberikan pandangan
Bersedia menerima tugas-tugas kolektif
Tidak menerima syubahat yg dilemparkan keatas kita

6. Kuat tubuh badan (Qawiyyal Jism)
· Dakwah berat tanggungjawab dan tugas - perlukan badan yang sihat dan kuat.
· Rasulullah saw menitikberatkan soal ini. Maksud Hadis : “Mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih dikasihi Allah dari mukmin yang lemah, tetapi pada keduanya ada kebaikan”
· Pesanan al-Banna:
“Memeriksa kesihatan diri,mengamalkan riyadhah dan tidak memakan/minum suatu yang merosakkan badan”

Pendetailan Ciri:
Bersih tubuh badan
Bersih pakaian
Tempat tinggal yg bersih
Beriltizam dgn sunnah (adab) makan dan minum Tidak berjaga malam berlebihan
Iltizam dgn senaman 2 jam seminggu
Bangun sebelum terbit fajar/subuh
Mematuhi kaedah membaca dari aspek kesihatan
Meninggalkan tabiat merokok
Menjauhi tempat-tempat kotor
Menjauhi tempat-tempat berpenyakit

7. Mampu melawan nafsu (Mujahadah ala Nafsi)
· Perlu azam yang kuat untuk melawan kehendak nafsunya dan mengikut kehendak Islam.
· Tidak menghiraukan apa orang kata dalam mempraktikkan Islam.
· Dai mungkin melalui suasana sukar yang tidak akan dapat dihadapi oleh orang yang tidak biasa dengan kesusahan.
Pendetailan Ciri:
Menjauhi perkara-perkara haram
Menjauhi tempat-tempat lalai yg diharamkan
Meninggalkan tempat-tempat maksiat

8. Menjaga waktu (Haarithun ala Waqtihi)
· Waktu lebih mahal dari emas, waktu adalah kehidupan yang tidak akan kembali semula.
· Sahabat sentiasa berdoa agar diberkati waktu yang ada pada mereka “..Aku adalah makhluk baru.. menjadi saksi kepada manusia.”

Pendetailan Ciri:
Bangun awal
Menggunakan masa tertentu utk belajar

9. Tersusun dalam urusan (Munazzamun fi syu’unihi)
· Untuk manfaatkan waktu dengan baik.. perlu penyusunan dalam segala urusan.
· Gunakan segala masa dan tenaga tersusun untuk manfaat Islam dan dakwah.
Pendetailan Ciri:
Penampilan yg elok
Tidak mempunyai hubungan dgn pihak yg menentang Islam

10. Berguna untuk orang lain. (Nafi’un li ghairihi)
· Dai umpama lilin yang membakar diri untuk menyuluh orang lain.
· Dai adalah penggerak dakwah dan Islam. Masa depan Islam, hidup mati Islam bergantung kepada dai.
· Amal Islam ialah untuk menyelamatkan orang lain dari kesesatan.
· Dai merasa gembira bila dapat membantu orang lain. Paling indah dalam hidupnya ialah bila dapat mengajak seorang manusia ke jalan Allah.
Pendetailan Ciri:
Menunaikan hak ibu bapa
Menyertai majlis-majlis kegembiraan
Membantu orang-orang yg memerlukan
Membimbing orang yang sesat
Berkahwin dgn pasangan yg sesuai

Makna Bacaan Dalam Solat

Allah Maha Besar

Doa Iftitah

Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, Ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Al-Fatihah

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat. Bacaan ketika rukuk

Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk

Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal

Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud

Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud

Ya Allah, ampunilah daku, Rahmatilah daku, kayakan daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku hidayah, sihatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Doa Qunut

Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya. "Wahai Tuhan, ku tak layak kesyurgamu ...
Namun tak pula aku sanggup keNerakamu....
Kami lah hamba yang mengharap belas darimu .
"Ya Allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa..
Ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami, dosa semua umat2 Islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia"

Wallahualam..