Monday, May 11, 2009

Kebahagian Yang Dicari



Kebahagian itu ibarat sebatang pohon yang rendang, tempat tumbuhnya ialah jiwa dan perasaan kemanusiaan, ketaqwaan kepada Allah adalah merupakan air, udara dan cahaya yang membantu pertumbuhannya. ( Yusuf Al-Qardawi).

Dunia yang bersifat sementara ini, maka kebahagian yang dikandungnya juga sementara, sebaliknya akhirat bersifat abadi, maka kebahagian yang dikandungnya juga abadi.

Apa yang jelas, perjalanan hidup ini telah memberikan pelajaran kepada kita bahawa kebanyakan orang dilamun keluh kesah, gelisah, kesempitan dan kegoncangan batin, merasa sepi dan tidak mempunyai apa-apa, merekalah orang-orang yang tidak memperoleh nikmat iman dan keyakinan, hidup mereka tidak ada rasa dan tiada perisa, tawar dan kosong, walaupun mereka berada dalam lingkungan kelazatan dan kemewahan.

Ketenangan atau kebahagian itu sebenarya adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala orang mengalami kegoncangan, mereka tetap yakin di kala orang penuh keraguan, mereka tetap sabar ketika orang berkeluh kesah, dan mereka tetap berlapang dada di kala orang telah rungsing.

Kebahagian itu adalah adil dalam kehidupan, walaupun pada diri sendiri. Kalau jasmani diberi makan, rohani juga harus demikian,iaitu dengan ilmu pengetahuan. Kalau jasmani diberi pakaian, rohani juga harus demikian, iaitu dengan budi.
Kalau jasmani diberi latihan, rohani juga harus demikian, iaitu dengan kesusahan. Kalau jasmani dibersihkan, rohani juga harus demikian, iaitu kesucian, dan kalau jasmani diubati, rohani juga harus demikian, iaitu takwa kepada Tuhan.

Wallahualam....

No comments:

Post a Comment